Wednesday, November 3, 2010

erghhhhhh!!!!!!!!!

Salam pada yang beragama Islam. Pada yang lain lain salam sejahtera. Aish dah rasa macam iklan pula. Hari ini mungkin entri aku amat teramat sangat membosankan kepada pembaca pembaca. Sebab hari ini aku hendak berkongsi tentang subjek yang amat teramat dan sangat aku tidak paham. Korang semua pasti tertanya tanya apakah subjek killer itu. HAHAHAHAHA cubalah anda fikir fikirkan. (apalah mestilah sume tak tahu) Oklah aku bagitahu saja la. TELECOMMUNICATION SYSTEM dan ELECTRIC TECHNOLOGY. Peargh dua subjek amat teramat sangat aku tak paham. Bukan hendak bangga diri tapi aku rasa subjek MATH ENGINEERING lagi senang daripada dua subjek ini. Aku sudah sedaya upaya memberikan sepenuh kasih dan sayang pada dua subjek ini tapi "mereka" tidak mahu menerima segala kasih sayang aku. 

Aku tenung buku buku TELECOMMUNICATION SYSTEM dan ELECTRIC TECHNOLOGY harap harap dapat la aku paham. Tenung punya tenung. Pearghhhhh memang tak la. Lastly aku yang rasa macam nak muntah. "Mereka" chill je tengok aku. HAHAHAHAHA dah lah exam semakin menghampiri. Kira orang cakap demam exam semakin dekat la. Aku nie pula masih terkontang dan kanting tanpa sebarang info info yang boleh digunakan di dalam dewan exam nanti.

Aku tengok roommate aku sudah pulun sehabis mungkin. Aku pula yang boleh rileks saja. Siap boleh lepak lepak dengan member member. Assignment pun banyak lagi yang aku tak siap lagi. Entah tahun bila aku nak siapkan pun tak tahu la.

Okay la cukup cukup la tu fina kau merepek dekat entri kali nie. 

dialog antara aku dan TELECOMMUNICATION SYSTEM , 
fina : tel system apasal susah sangat aku nak paham engkau?

tel system : sebab kau malas nak study balik lepas kelas.

fina : (padan muka aku. kan dah kene sebijik) hehehehe (gelak malu)

dialog antara aku dan ELECTRIC TECHNOLOGY ,
fina : e tech e tech kenapa aku tak paham kau langsung? kenapa banyak sangat nak hafal formula kau?

e tech : sebab kau malas nak buat latihan. kau asyik tiru orang saja.

fina : (aish tak pasal pasal aku kene balik) mendiam kan diri saja.  

SUDAH SUDAH JANGAN NAK MEREPEK DAN MELALUT. PERGI STUDY!!!!!!!!!!!!

ps : lain kali jangan jadi seorang yang pemalas macam aku. hehehehehe










No comments:

Post a Comment